Nuffnang

Monday, January 26, 2015

Anugerah Juara Lagu 29 (AJL ke-29), Stadium Bukit Jalil

Assalamualaikum!


Seperti yang sedia maklum, satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-29 atau AJL29 dengan berjaya telah merai satu kemeriahan/kemenangan yang besar dalam industri tanah air kita pada 18 Januari 2015 di Stadium Bukit Jalil, Shah Alam. Program ini bersiaran langsung di TV3 pada jam 9:00 malam waktu tempatan. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini:


Terima kasih kat Saiful, Pika, Kak Wanie and the geng sebab bawak aku pergi sini. hahaha.. first time pergi sebenarnya. 














Tuesday, January 20, 2015

[Official Music Video] Tom ft Man Braka - "Lagu Cinta Buat Rockers"

Assalamualaikum!

Hi! Hahaha.. xtau napa hari ni napa happy sangat. Rasa kelakar pun ada gak bila tgk diri sendiri... kenapa? sebab [Offiicial Music Video] Tom ft Man Braka - "Lagu Cinta Buat Rockers" dah keluar kat YouTube. Kalau korang perasan aku ada update entry pasal ni tapi xde lagi MV nyer keluar sebab masa tu baru lepas shooting. Haa kalau nak tengok Official Music Video dia... kat bawah ni.. (credit to Nat, Dream Music, Tom & the Band Members, Man Braka).

Hahaha.. ini kalau kawan-kawan aku nampak muka aku, gelak sakan dorang. fine fine.. LOL

[Offiicial Music Video] Tom ft Man Braka - "Lagu Cinta Buat Rockers"

Monday, January 19, 2015

Drawing World Map

Assalamualaikum!

Hi! Haa... ni first time aku nak buat entry pasal aku melukis. hahaha.. sorry kalau x cantik ke apa ke. So apa aku lukis?? Aku lukis peta dunia. Antara assignment yang aku kene buat actually and memandangkan aku suka lukis why not aku update blog sekali? Bagi penuh post kat blog aku. gituww... Kalau ada pape hajat nak aku melukis based on what you guys nak. Haa sila-sila lah pm aku. Hiks..







Monday, January 12, 2015

#MisiBantuanBanjir: K E L A N T A N (Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia) Hari Ketiga

Assalamualaikum!

 Hari ketiga, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama menuju ke Tok Janggut dan kumpulan kedua menuju ke Kuala Krai. Aku, Kak Tanty, Abang Syed, dan beberapa yang lain ke Kuala Krai. Ini kira perjumpaan terakhir kiteorang semua sebab destinasi yang dituju adalah destinasi yang terakhir dan selepas itu masing2 akan terus menuju ke Kuala Lumpur (dan Melaka / Johor bagi yang berasal dari situ). 


Kebanyakan barang sumbangan mostly are from PERKIM, Sarawak. Terharu aku sebab orang2 negeri seberang sana pun bermurah hati turut menolong mangsa banjir.


10:54 pagi hari Ahad. Dalam perjalanan ke Kuala Krai, salah satu 4x4 Triton rosak. kiteorang berhenti kejap depan Masjid Lak Lok, Jerteh, Terengganu,

Dalam pukul 11:00 pagi camtu lepas sambung perjalanan, rosak lagi. Ni kat tepi jalan mana ntah. Aku sempat lagi bergambar memandangkan ni first time naik Triton ni. terima kasih kat Boy sebab tolong amek gambar. hihihihi..

Aku tak ingat ni jalan arah ke mana tapi kat sini agak teruk jugak lah. Anak panah dalam gambar ni menunjukkan ketinggian banjir masa dilanda banjir masa tu.

Jam 2:09 petang hari Ahad hari ketiga depan Sekolah Kebangsaan Kelaweh, Machang, Kelantan. Berhenti kejap berehat kejap sebab semua dalam keadaan penat dan lapar. time aku and lain2 tgh berborak2 dengan sepasang suami isteri depan skolah ni, aku ternampak kucing jantan yang memang lapar giler lah asyik "meow meow" tak abis. kat tangan aku xde makanan and kebetulan ada sorang abang tu tgh makan. Terus dia datang and bagi kucing tu sikit ayam ngn ikan dia. Alhamdulillah... masing2 aku leh tgk muka dorang agak sebab lah jugak tapi dorang sorokkan. Kite tolong jugak mangsa banjir tapi kita tolong x haiwan2 yang kesusahan jugak disebabkan banjir? 

Aku amek kesempatan masuk ke SK Kelaweh ni nak tengok keadaan dia. Ini bahagian kantin. meja kerusi semua habis kene lumpur. Kebetulan jugak masa ni adalah beberapa pekerja kantin datang bersihkan kantin dorang.

Bangunan bersebelahan kantin. Banjir kat kawasan skolah ni tinggi dia paras mata (dewasa) kalau kanak-kanak rasanya dah tenggelam dorang sebab tinggi banjir lebih dari tinggi budak2 ni.

Bilik power supply. Bilik ni terletak kat bahagian bawah sekali so kene sekali lah banjir. Ketebalan lumpur yang masih ada macam kat dalam gambar ni.. Disebabkan banjir ni, kat Sekolah ni xde bekalan elektrik. Bekalan air pun dorang takde.

Anak panah putih dalam gambar ni aku nak bgtau kat korang yang masa ni tengah semua nak siap2 bertolak aku ternampak 2 orang volunteer kiteorang datang ke sorang Pak Cik ni. dorang bagi dia dorang punya nasi + lauk kat Pak Cik. Ya Allah terharu aku tengok dorang.. I can say that Pak Cik tu rasa gembira sangat.




5:00 petang. perjalanan ke Kuala Krai terpaksa ditukar ke Kuala Nal disebabkan keadaan geografi ke Kuala Krai tidak mengizinkan kami ke sana. Kak Tanty dengan Abang Dede berborak dengan mak cik2 ni pasal banjir yang melanda sini and pasal barang keperluan yang dorang perlukan. Mujur dorang sempat larikan diri masa banjir melanda Kg Kuala Nal ni.


5:02 petang. Aku jalan kaki ke depan sikit and terkejut sebab nampak sebuah rumah atas jalan. Rupanya rumah ni bukan terletak kat sini. Pak Cik tu bagitau dalam 30 tahun dia duk sini. Ini lah banjir kali pertama yang sangat teruk. Aku and few other volunteers berborak lagi dengan Pak Cik. Aku tak tahan sebak sampai satu tahap tu aku peluk Pak Cik ni kuat2..  Ya Allah.. aku tengah menulis ni pun boleh lagi menangis sebab teringat. Moga Pak Cik tu bersabar hadapi semua ni. X)

Ini tempat asal rumah Pak Cik tu. yang tinggal cuma tiang-tiang yang support rumah tu. Pak Cik tu kata "lagipun ini rumah lama. Dah tua dah..". Dia cakap dengan nada biasa dengan sedikit keluhan.

Clear view.

Ni antara bahagian dalam rumah ni. Kira tinggi jugak lah banjir ni. 2 tingkat ketinggian banjir kat sini. Seriously tinggi. Sini kawasan bukit kot!

Ini Stesen Keretapi Dabong yang sepatutnya satu lagi team pergi tapi terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan jalan yang amat teruk. (gambar daripada Twitter)

 Keadaan dalam KTM Dabong


6:06 petang hari Ahad hari ketiga. Selesai menghulurkan bantuan di Kampung Nal kiteorang singgah Masjid Kampung Bedal tunaikan solat Asar dan tinggalkan beberapa barang2 keperluan kat sini untuk penduduk sini ambil sendiri. Kawasan sini pun kena jugak banjir.

#MisiBantuan Banjir - K E L A N T A N [Part 3] 1080pᴴᴰ

Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia - #MisiBantuanBanjir 1080pᴴᴰ

#MisiBantuanBanjir: K E L A N T A N (Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia) Hari Kedua

Assalamualaikum!

Time ni dah hari kedua and sementara ada masa, aku, Anwar, Haziq, Fahmi, ngn Pikiey pergi pantai amek angin jap.. This was my very first time ke pantai kat Terengganu ni.  

 Terima Kasih kat mak cik yang berdiri tu (dalam gambar) dengan anak dia for the foot steps. hahaha.... 

 9:04 pagi kiteorang start unpacking and packing barang yang diperlukan mangsa banjir. Kuantiti makanan yang kami ada kurang daripada kuantiti minuman dan pakaian yang kami ada. Harap mangsa banjir dapat menggunakan segala derma daripada kami dengan jimat dan cermat. Maaf sangat tak dapat nak beri dengan lebih untuk keperluan harian.. 


 Barang2 makanan yang dah siap packing (dalam bungkusan plastik hijau) untuk keluarga. 






 Panorama view of Triton Tuners Club Malaysia punya kereta/truck pape jer lah. First time kenderaan ni. Best lah! smooth jer jalan.

 Antara longgokkan kotak-kotak minuman & pakaian. Thanks to those yang derma semua ni! Besar pahala korang. Aminnnn.. X)

 Triton Mitsubishi. Aku naik yang warna merah ni. Ruang dalam dia best and sangat selesa! Sit belakang agak tinggi and i thought i would get sick on my back tapi x pun.. 

 Perjalanan kiteorang dari Besut ke lokasi pertama banjir di Tumpat. Anak Panah menunjukkan ketinggian banjir (berdasarkan kesan banjir pada pokok)

Masa ni kat Jambatan Sungai apa ntah (x ingat), ketinggian banjir kat sini masa kejadian setinggia satu tingkat (tengok anak panah). Ada satu kereta Pajero kat bangunan tu habis kene.. rosak kot?


Ketinggian banjir masa kejadian di perkampungan Kg Machang setinggi anak panah (dalam gambar).

 Keadaan di Machang selepas banjir. Teruk jugak.. kesian semua mangsa2 banjir. Ada yang hilang tempat tinggal dan perlukan 100% barang baru (dan mungkin juga rumah?)

Antara barangan banjir yang dihulurkan kepada mangsa. Dalam plastik tu for Family Pack. Ada makanan, minuman, toiletries, lampin kanak-kanak, wanita, dewasa. Dalam kotak plak ada sabun pencuci ngn pakaian yang diperlukan. 


 Jam 7:14 petang. Kami yang diarah ke Tanah Merah menuju ke Kampung Sokor. Banjir kat sini paras tinggi enjin kereta ni.. (tengok pada anak panah). Sini kawasan berbukit pun bleh banjir. Wallahualam.