Nuffnang

Monday, March 30, 2015

Pocoyo Sculpture by Kyrel Rosli

Assalamualaikum!

ceh cehhh.. over jer nama entry ni pasal Sculpture.. hahaha.. boleh lah. lebih kurang. aku xtau nak namakan apa. Patung? huhu... okay lah... sebenarnya benda ni dah lama aku x update.  Aku amek 3 hari nk siapkan replika Pocoyo ni. dari 13hb 8 2014 sampai lah 16hb 8 2014. meh tengok hasilnya!


 Bahan yang aku gunakan is the Plaster of Paris. 1000gram kot. yang ini aku cubit sikit untuk buat kepala dia.


 And then aku buat topi, mata, hidung, mulut. proses nak buat ni kene cepat sebab Plaster of Paris ni cepat keras. nak mudahkan kerja, tambah sikit air. 


 untuk kaki aku pakai dawai yang banyak bagi tebal supaya dapat tampung berat badan dia. lepas tu amek Plaster of Paris and then lilit keliling dawai sampai jadi bentuk kaki.


Teruskan proses sampai siap bentuk badan dan kaki dan kasut. I used chopstick untuk buat lubang kat tengah badan so that senang nak masukkan rangka bagi patung ni boleh berdiri.

 actually ni dawai biasa jer yg orang guna untuk pateri. hahaha. aku amek byk and then lilit jadi tebal.

 After that masukkan dalam lubang. Always remember that every joints yang bersambung to one another kita kene buat lubang and masukkan dawai tebal. kenapa? untuk gabungkan semua pieces and also untuk mudahkan kita ubah bentuk patung ni.


haaa skang dah siap semua... colorkan sikit2 Pocoyo ni. Aku guna watercolour jer. hahaha...

Siap! boleh lah walaupun nampak x comel and besar dari actual size. hahahhaa.. first time k buat. susah sikit.





Thursday, March 26, 2015

Bukit Tabur West Summit

Assalamualaikum!

Hi semua! heheh.... lama dah aku x hiking! Alhamdulillah kali ni aku dapat jugak Hiking. Buat pertama kalinya aku kali ni hiking Bukit Tabur. Excited sangat sebab asyik2 Bukit Broga jer kan.. Thx to my sis sebab ajak and join team dia (called Perompak Gunung). Bukit Tabur ni ada East Side dengan West Side. kiteorang mendaki dekat bahagian East Side. Quite challenging jugak lah sebab ini first time aku hiking sambil pegang Nikon, dengan keadaan geografi nyer tu... aku dari mula sampai ke puncak asyik amek gambar jer.. perasan jugak lah ada orang asyik pandang, macam dorang nak kata "eh budak ni asyik pegang DSLR jer, jatuh padan muka". hahaha.. whatever bij. suka hati aku ler.




 dekat East Side dengan West Side puncak dia mmg sama jer bentuk. (macam dalam gambar ni).. perghhh memang lebih 45 darjah ni nak hiking! 






















 Ini antara ahli2 Perompak Gunung (kecuali aku) termasuk yang tengah amek gambar ni (kakak aku). Baju merah yg berdiri itu leader. Kiteorang panggil dia Abang Long. Ni semua kuat k panjat sana sini. hahaha..










 harini yang kiteorang pergi berkabus sangat so gambar ada yg x clear.

















Hiking Bukit Tabur ni actually sebagai latihan mental and fizikal untuk team hikers yang gelar diri mereka sebagai Perompak Gunung.. Dorang ni akan ke Gunung Rinjani dekat Indonesia this April... So goodluck kat korang semua k! And jaga kakak aku leklok... hahahha..