#MisiBantuanBanjir: K E L A N T A N (Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia) Hari Ketiga

Assalamualaikum!

 Hari ketiga, kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama menuju ke Tok Janggut dan kumpulan kedua menuju ke Kuala Krai. Aku, Kak Tanty, Abang Syed, dan beberapa yang lain ke Kuala Krai. Ini kira perjumpaan terakhir kiteorang semua sebab destinasi yang dituju adalah destinasi yang terakhir dan selepas itu masing2 akan terus menuju ke Kuala Lumpur (dan Melaka / Johor bagi yang berasal dari situ). 


Kebanyakan barang sumbangan mostly are from PERKIM, Sarawak. Terharu aku sebab orang2 negeri seberang sana pun bermurah hati turut menolong mangsa banjir.


10:54 pagi hari Ahad. Dalam perjalanan ke Kuala Krai, salah satu 4x4 Triton rosak. kiteorang berhenti kejap depan Masjid Lak Lok, Jerteh, Terengganu,

Dalam pukul 11:00 pagi camtu lepas sambung perjalanan, rosak lagi. Ni kat tepi jalan mana ntah. Aku sempat lagi bergambar memandangkan ni first time naik Triton ni. terima kasih kat Boy sebab tolong amek gambar. hihihihi..

Aku tak ingat ni jalan arah ke mana tapi kat sini agak teruk jugak lah. Anak panah dalam gambar ni menunjukkan ketinggian banjir masa dilanda banjir masa tu.

Jam 2:09 petang hari Ahad hari ketiga depan Sekolah Kebangsaan Kelaweh, Machang, Kelantan. Berhenti kejap berehat kejap sebab semua dalam keadaan penat dan lapar. time aku and lain2 tgh berborak2 dengan sepasang suami isteri depan skolah ni, aku ternampak kucing jantan yang memang lapar giler lah asyik "meow meow" tak abis. kat tangan aku xde makanan and kebetulan ada sorang abang tu tgh makan. Terus dia datang and bagi kucing tu sikit ayam ngn ikan dia. Alhamdulillah... masing2 aku leh tgk muka dorang agak sebab lah jugak tapi dorang sorokkan. Kite tolong jugak mangsa banjir tapi kita tolong x haiwan2 yang kesusahan jugak disebabkan banjir? 

Aku amek kesempatan masuk ke SK Kelaweh ni nak tengok keadaan dia. Ini bahagian kantin. meja kerusi semua habis kene lumpur. Kebetulan jugak masa ni adalah beberapa pekerja kantin datang bersihkan kantin dorang.

Bangunan bersebelahan kantin. Banjir kat kawasan skolah ni tinggi dia paras mata (dewasa) kalau kanak-kanak rasanya dah tenggelam dorang sebab tinggi banjir lebih dari tinggi budak2 ni.

Bilik power supply. Bilik ni terletak kat bahagian bawah sekali so kene sekali lah banjir. Ketebalan lumpur yang masih ada macam kat dalam gambar ni.. Disebabkan banjir ni, kat Sekolah ni xde bekalan elektrik. Bekalan air pun dorang takde.

Anak panah putih dalam gambar ni aku nak bgtau kat korang yang masa ni tengah semua nak siap2 bertolak aku ternampak 2 orang volunteer kiteorang datang ke sorang Pak Cik ni. dorang bagi dia dorang punya nasi + lauk kat Pak Cik. Ya Allah terharu aku tengok dorang.. I can say that Pak Cik tu rasa gembira sangat.




5:00 petang. perjalanan ke Kuala Krai terpaksa ditukar ke Kuala Nal disebabkan keadaan geografi ke Kuala Krai tidak mengizinkan kami ke sana. Kak Tanty dengan Abang Dede berborak dengan mak cik2 ni pasal banjir yang melanda sini and pasal barang keperluan yang dorang perlukan. Mujur dorang sempat larikan diri masa banjir melanda Kg Kuala Nal ni.


5:02 petang. Aku jalan kaki ke depan sikit and terkejut sebab nampak sebuah rumah atas jalan. Rupanya rumah ni bukan terletak kat sini. Pak Cik tu bagitau dalam 30 tahun dia duk sini. Ini lah banjir kali pertama yang sangat teruk. Aku and few other volunteers berborak lagi dengan Pak Cik. Aku tak tahan sebak sampai satu tahap tu aku peluk Pak Cik ni kuat2..  Ya Allah.. aku tengah menulis ni pun boleh lagi menangis sebab teringat. Moga Pak Cik tu bersabar hadapi semua ni. X)

Ini tempat asal rumah Pak Cik tu. yang tinggal cuma tiang-tiang yang support rumah tu. Pak Cik tu kata "lagipun ini rumah lama. Dah tua dah..". Dia cakap dengan nada biasa dengan sedikit keluhan.

Clear view.

Ni antara bahagian dalam rumah ni. Kira tinggi jugak lah banjir ni. 2 tingkat ketinggian banjir kat sini. Seriously tinggi. Sini kawasan bukit kot!

Ini Stesen Keretapi Dabong yang sepatutnya satu lagi team pergi tapi terpaksa dibatalkan disebabkan keadaan jalan yang amat teruk. (gambar daripada Twitter)

 Keadaan dalam KTM Dabong


6:06 petang hari Ahad hari ketiga. Selesai menghulurkan bantuan di Kampung Nal kiteorang singgah Masjid Kampung Bedal tunaikan solat Asar dan tinggalkan beberapa barang2 keperluan kat sini untuk penduduk sini ambil sendiri. Kawasan sini pun kena jugak banjir.

#MisiBantuan Banjir - K E L A N T A N [Part 3] 1080pᴴᴰ

Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia - #MisiBantuanBanjir 1080pᴴᴰ

No comments:

Post a Comment