Lama dah tak update blog sebab terlampau busy dengan kerja dan aktiviti harian. Nak update post kali ni pon amek masa jugak sebab nak edit gmbr lagi, banyak pulak tu. Eh hahaa. Okay lah nak terus skip ke entry kali ni, alhamdulillah diberi kesempatan untuk sertai Bengkel Penulisan Skrip TV Drama Profesional oleh Tuan Zabidi Mohamed yang dianjurkan di Perbadanan Kota Buku bersebelahan Pertama Kompleks.
Bengkel ini dikendali dan diajar oleh Tuan Zabidi Mohamad, salah seorang Penulis Skrip Professional di Malaysia. Beliau mula menulis skrip sejak tahun 2009 walaupun pada awalnya beliau merupakan profession dalam bidang peguaman.
Antara syarat dalam penulisan skrip mengikut Tuan Zabidi Mohamad, terdapat 3 syarat yang penting.
- Niat dalam menegakkan syariat Islam dalam bidang penulisan skrip.
- Mengejar ganjaran pahala Allah .
- Niat mencari rezeki duit yang halal.
Dibahagikan kepada beberapa kumpulan, kami masing-masing memberikan pendapat dan idea tentang penulisan skrip dan arah tuju di dalam bidang ini.
Berdasarkan filem pendek "Gift", kami belajar tentang Three Act Structure yang terdapat di dalam filem ini dan kemudian dikehendaki menceritakan kembali kepada semua dimana terjadinya Three Act Structure ini.
Hari terakhir Bengkel Penulisan Skrip ini, Tuan Zabidi menjemput beberapa producer Malaysia untuk menjadikan kami semua sebagai "keluarga angkat". Antara producer yang terlibat adalah:
- World Evolution Brain
- Filmer Network
- Nineteen Sixty Fox Studio
- 2606 Skyline Pictures
- Sophiscated Media
- Ansar Creative
- Kalam Arif Production
Skrip dari peserta bengkel ini mesti dibayar oleh producer mengikut market rate seperti RM5k minimum untuk telemovie dan minimun RM2k untuk episod 1 jam. Tuan Zabidi Mohamed akan menjadi co-writer untuk semua skrip yang dihasilkan oleh kami bagi memastikan skrip yang dihasilkan bermutu dan terjada elemen patuh syariahnya. Alhamdulillah.
Sesi perjumpaan bersama producer-producer yang hadir.
Kumpulan saya di bawah Tuan Taha dan isteri.
Saya bersama Tuan Zabidi dan isteri belia Asmah Jendul. Sangat peramah mereka berdua dan saling memberikan pendapat dan bertukar idea. Hehehe...
Antara peserta muda yang turut menyertai bengkel ini.
No comments:
Post a Comment