Filem Hijabsta Ballet (arahan Syed Zul Tojo)

Assalamualaikum, hi!

‘Hijabsta Ballet’ mengisahkan tentang Adele, seorang gadis bertudung yang mahu menempa nama dalam tarian balet. — Foto ihsan Explosive Magic Sdn Bhd

Alhamdulillah baru-baru ni dijemput untuk Tayangan Perdana Filem Hijabsta Ballet arahan Syed Zul Tojo di Auditorium Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. 

        Hijabsta Ballet merupakan filem pertama di Malaysia yang mengetengahkan sukan ballet dan juga penari ballet (Adele) yang ingin membuktikan kepada semua atlet-atlet lain bahawa pemakaian yang menutupi aurat terutama Hijab mampu diterima dan menempah nama di persada dunia di dalam sukan ballet ini.

Bermula dengan permulaan yang agak tragis buat Adele (pelakon utama), kerana kehilangan teman rapat dan mula diketepikan kawan-kawan termasuk jurulatih dan ibu bapanya sendiri kerana mula berhijab, Adele berazam untuk teruskan menjadi penari ballet yang berhijab pertama di Malaysia.

Dibarisi dengan pelakon-pelakon baru seperti Puteh Maimun Zahrah (Adele - pelakon utama), Danny Sha (Deni), Alif Azeman (Zubir), Afeerah Abdul Rahman (Batrisya), Rachel Tabithanya (Farah), dan juga pelakon-pelakon tanah air seperti Betty Benafe (Diana - ibu Adele), Aman Graseka (Shakiri - ayah Adele), Aida Khalida (nenek Adele)

Filem yang berakhir dengan penuh kejutan ini pasti akan membuat penonton tertanya-tanya pada diri sendiri berkenaan pemakaian hijab. Hijabsta Ballet bakal ditayangkan pada umur bermula 3 Ogos 2017 di seluruh pawagam Malaysia!

Memegang watak Adele, Puteh Maimun diberi tugas berat memperjuangkan keberanian penari balet dalam usaha mengenakan hijab namun mendapat tentangan orang sekeliling. - Foto oleh Saw Siao feng


Vlogger and Blogger (Ecah, Kak Zue, Kak Ieyra)




Bersama abang Thorpe Ali (Penulis Hijabsta Ballet)



 Syed Zulkifli Tojo (Film Director).

Bersama orang-orang kuat Hijabsta Ballet

Poster Hijabsta Ballet

No comments:

Post a Comment