"Akhirnya sangat bersyukur jua apabila di beri peluang untuk menjayakan sebuah rancangan tv Tahun Baru Cina 2013,setelah sekian lama kembali pada Islam.InshaAllah~akan ku menghargai peluang ini dengan baik.Pada mulanya tidak pasti dan tak begitu yakin diriku ini akan di pilih kerana pernah di singkirkan beberapa kali atas sebab tidak sesuai dengan status ku sebagai muslim.Alhamdullilah~"KUN FAYA KUN" Allah mengizinkannya kali ini.Namun begitu,sudah pasti ku akan lebih berwaspada dengan apa yang di bolehkan dan tidak.Kekadang rezeki itu bagaikan ujian buat diri kita dan akan ku sentiasa berbincang dengan saudara kita yang lebih berilmu dalam Islam untuk elak dari melakukan kesilapan...InshaAllah~! Pada pendapat saya,kesedaran "NIAT" kita untuk memulakan sesuatu adalah sangat penting dan saya akan sentiasa memastikan niat saya tidak lari daripada apa yang sepatutnya.Sebenarnya rakaman album CNY 2013 kali ini paling mengembirakan IbuBapa ku yang kebelakangan ini tidak begitu sihat...semoga Allah memberkati mereka kembali sihat "Fast Recovery"~Ameen!!!
I strongly believe,jikalau mahu mensyiakan Islam..kita seharusnya terlebih dahulu pandai menghormati tradisi mahupun agama orang lain supaya dapat menarik minat mereka untuk lebih memahami agama "Islam Yang Universal" ,sememangnya sangat "Simple & Nice" dan langsung tak "Complicated"...senang di dekati,tak lecehlah! Pada pembukaan pengambaran,seperti biasa orang cina juga akan bermula dengan doa selamat mengikut upacara kepercayaan mereka.Saya turut berada di lokasi sebagai tanda hormat tanpa mengikuti apa yang telah di persembahkan.Mereka telah memberitahu bahawa kemunculan saya di situ sangat di hargai dan buat mereka rasa terharu.Dengan itu,mereka sangat menghormati pendirian saya sebagai muslim,akan cuba jaga sensiviti orang Islam dan sentiasa memastikan setiap perkara yang nak di lakukan bersama saya perlu di bincangkan terlebih dahulu sebelum pengambaran.Begitu juga saya sentiasa bertolak ansur dan mencari keseimbangan untuk kebaikkan bersama supaya tidak ada pihak yang merasakan diriku ini terlalu di lebihkan.Hahahaaa..Arak "RED WINE" yang sepatutnya telah digantikan dengan "AIR SIRAP ROS",maka arak biasa pula digantikan dengan "AIR TEH CINA".Hidangan makanan untuk Tahun Baru Cina pula di masak oleh "CHEF-CHEF MELAYU" supaya saya tidak rasa kekok untuk merasainya semasa dalam pengambaran.Naik bulu roma apabila menikmati masakan chef melayu kita begitu sedap dan rasanya sama seperti masakan orang cina..syabas!!!
Penginapan penthouse yang disediakan oleh pihak hotel juga sangat mewah.Dlm keselesaan di hotel telah wujud kesedihan dalam hati apabila sentiasa melihat orang muslim kita belaku biadap sangat dengan saudara kita dari Indonesia walaupun mereka sebenarnya begitu rajin berkerja dan sentiasa murah dengan senyuman.Sehingga suatu hari saya telah hilang kesabaran dan terus mengamuk terhadap saudara kita yang keterlaluan itu supaya jadilah manusia,bukannya syaitan..! Kebiasaannya bila mempunyai masa terluang ku akan mengambil kesempatan itu untuk bersenam di pantai dan berborak dengan warga Indonesia yang sebenarnya juga pelajar dalam jurusan hotel dan mereka disini hanya buat praktikal sebelum kembali semula ke Indonesia.Sebelum datang ke Malaysia mereka telah di beritahu bahawa majikan disini tidak melayan pekerja Indonesia dengan baik tetapi mereka tetap mahu lihat sendiri sejauh mana kebenarannya.Saya beritahu di dunia ini semua negara pun mempunyai manusia yang baik mahupun jahat,yang penting kita sentiasa ingat Allah~kuatkan iman dan doakan yang terbaik,mohon perlindungan dari~NYA tak kira di mana jua kita berada.Saling homat-menghormati di antara satu sama lain " Be Good To Yourself And Be Nice To Others".
Setiap pagi saya terpaksa mengetuk pintu bilik beberapa artis untuk kejutkan mereka bangun sebab "call time" utk "Make Up" seawal 7pg...mereka tahu saya akan bangun untuk sembayang subuh,jadi mereka terlalu mengharapkan saya! Risau juga dengan tanggungjawab yang di pikul...kalau terbabas,mereka akan ikut sama lambat bangun..haha~! Peraturan telah di tetapkan,siapa lambat akan di hukum dengan bayaran RM10,lupa lirik sekali RM2,salah bawa keperluan RM5...duit ini semua di kumpul untuk belanja makan besar~hahahahaha!!! Setiap malam kita mesti ada topik-topik mengenai isu agama Islam mahupun kepercayaan yang lain di perbincangkan.Syukur Alhamdullilah~inshaAllah akan ku cuba buat yang terbaik dan mohon segala yang terbaik dari~NYA...ameen!!!" - Jimmy Burge a.k.a. Hafiz
No comments:
Post a Comment