Bosan

Semakin hari aku semakin bosan,
Menatap kehadapan sedangkan di belakang aku masih happy seperti dulu...
Apa yg aku buat serba x kena... selalu dimarahi...
Semakin hari aku semakin bosan,
Harus aku berpura2 gembira, ketawa, senyum dikhalayak ramai...
Sedangkan di hati aku masih merasa sedih, dan kecewa...
Tapi sampai bilakah harus ini semua aku lakukan?
Semakin hari aku semakin bosan,
Bosan digelar "FOREVER ALONE",
Mungkinkah kerana kealpaan aku digelar sebegitu rupa?
Atau mungkin kerana aku selalu berseorangan?
Semakin hari aku semakin bosan,
Hidup bersendirian tanpa sesiapa disisi aku...
Merenung di tepi jendela melihat burung2 berkicauan,
Alangkah indahnyah jika aku mempunyai sayap,
Ingin sekali aku terbang jauh dari tempat aku tinggal,
Mencari kebahagian di pelosok lain,
Mencari kawan di pelosok lain,
Mencari kenangan baru di pelosok lain,
Semakin hari aku semakin bosan,
Memikirkan nasib aku disini,
Bagai melukut di tepi gantang,
SERIOUSLY??
Semakin hari aku semakin bosan,
Dipinggirkan oleh golongan yg tidak berapa suka akan aku,
Pernahkah aku menyebabkan hidup korang porak peranda?
Mengapa aku dilayan seperti budak tadika yg suka dibuli?
Aku manusia punya perasaan,
Sama seperti korang...
Ingatlah suatu masa dulu sehingga sekarang,
Akulah yg selalu menolong korang pabila pertolongan aku diperlukan,
Walaupun aku tidak mengharapkan sebarang balasan,
Hanya diri dihargai yg aku inginkan~
BOSAN~ BOSAN~ BOSAN~
Hmm... Tiada noktah~

No comments:

Post a Comment