Nuffnang

Sunday, November 24, 2013

Propaganda Barat untuk Calarkan Imej Islam

Isu layanan  buruk terhadap golongan wanita di Arab Saudi yang sering dimomokkan oleh media Barat merupaka sebahagian cara untuk menjatuhkan imej Islam. Kebanyakan sekatan yang dikenakan terhadap wanita di negara Asia Barat itu banyak berhubung kait dengan budaya dan aspek keagamaan dan ia semata-mata untuk melindungi maruah dan mengekang gejala sosial daa fitnah daripada terus merebak dalam masyarakat.
 
           Ketua Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berpendapat, dakwaan-dakwaan layanan buruk ke atas wanita Arab Saudi yang dilemparkan oleh media Barat berlaku disebabkan perbezaan budaya. Menurut Tunku Mohar, sebahagian dakwaan berniat buruk tersebut disebabkan oleh kesan orientalisme di Barat yang melihat Islam sebagai agama yang mengongkong dan penghalang kemajuan.

             " Kita lihat di Arab Saudi seolah-olah wanita sedikit terkongkong, namun pada pandangan Barat keadaan itu melanggar hak-hak asasi wanita. Peluang itu digunakan Barat untuk memburukkan imej Islam." kata Tunku Mohar.

Tunku Mohar juga tidak menolak pendapat yang menyatakan Arab Saudi kini mula memperkenalkan pelbagai perubahan berkaitan hak-hak wanita. Beliau berpendapat perubahan itu berlaku dengan perlahan berbanding negara-negara Arab lain kerana pihak berkuasa agama di negara berkenaan masih dikuasai golongan ulama Wahhabi yang disifatkan ultra konservatif. Namun, perintah negara yang diterajui Raja Abdullah dilihat mempunyai keberanian untuk membuka ruang dalam mengubah hak-hak wanita.

"Kita lihat fasa perubahan sosial itu bergantung kepada masyarakat dan keterbukaan. Negara-negara Asia Barat lain kini banyak berlaku perubahan ke arah lebih terbuka dan saya berpendapat situasi ini akan merebak kepada perubahan hak-hak wanita juga." ujarnya.

Sumber:  Kosmo!