Nuffnang

Wednesday, January 7, 2015

#MisiBantuanBanjir: K E L A N T A N (Darwisyh et Darwisyah & Triton Tuners Club Malaysia) Hari Pertama

Assalamualaikum!

Jari masih terketar-ketar, hati rasa x senang memikirkan nasib mangsa2 banjir di Kelatan, Terangganu, Pahang dan Johor. Alhamduillah hasrat aku nak turun padang menolong/memberi bantuan kat mangsa-mangsa banjir ni tercapai jugak.. Agak takut, nervous, semua perasaan ada masa nak ke sana. Oh ye, aku pergi #MisiBantuanBanjir ni bersama Darwisyh et Darwisyah dengan kerjasama Triton Tuners Club (Malaysia) bersama-sama melaksanakan #MisiBantuanBanjir  di Kelantan ini.


 Kiteorang berkumpul dekat Mitsubishi Motors, Glenmarie, Shah Alam. Sampai2, memang banyak giler lah barang2 dari orang2 yang murah hari mendermakan semua ini.. Paling banyak sekali air minuman.





Aku x pernah kenal dorang semua ni.. Yang aku kenal cuma Kak Tanty, Abang Syed.. itu jer.. kira ini sesi suai kenal bagi aku lah. pape nanti senang nak contact dorang. We're all wearing black as a identity so that one would easily identify which are team members and which are the flood victim(s). 

 Antara kepayahan kiteorang ESPECIALLY abang2 driver ni, terpaksa jalan dalam keadaan gelap. Lampu kete mungkin terang tapi kite x tau apa musibah yang mungkin datang. Ada sorang driver terlanggar babi hutan (ntah dari mana datang) and bila dia check (tengok k, x sentuh) babi tu dah x bernafas.

Syed Shafize Ibnu Sulaiman (Co-Finder Darwisyh et Darwisyah Foundation) & isteri dia; Humairah Tantyana Thopatalam (Pengasas Darwisyh et Darwisyah Foundation) bergambar bersama pelakon filem; Adlin Aman Ramlie