Konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015

Assalamualaikum!

Pada 7 April 2015 yang lepas baru-baru ini dengan jayanya telah berlangsung satu konsert daripada artis terkemuka tanah air iaitu Dato' Siti Nurhaliza Tarudin di Panggung Sari, Istana Budaya yang berlangsung selama 2 jam itu sempenan ulang tahun beliau yang ke-20 di dalam insdustri muzik tanah air Malaysia. 

    Konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 ini bertujuan untuk melengkapkan perjalanan seni beliau selama 20 tahun kerana sepanjang tempoh tersebut, beliau belum pernah muncul dalam persembahan konsert akustik secara keseluruhan. Persembahan ini membuktikan vokal beliau yang hebat diiringi dengan garapan muzik oleh Aubrey Suwito terhadap persembahannya pada malam tersebut. Pada malam yang sangat gemilang itu, beliau telah memilih lagu-lagu dari album pop beliau serta beberapa lagu lain termasuk lagu pertama yang dinyanyikan itu "Jawapan Di Persimpangan" dan beliau juga turut menyanyikan beberapa lagu daripada album terbarunya iaitu Fragmen bagi menyerlahkan lagi persembahan beliau. 

 Peminat-peminat Dato' Siti selalu bersama beliau tidak kira dimana sahaja beliau membuat persembahan. 




 Antara artis yang hadir di konsert tersebut. Aisyah Aziz (kanan); adik kepada penyanyi popular Singapura iaitu Aliff Aziz.



 Dato' Siti Nurhaliza menerima bunga daripada peminatnya.










 Selepas berakhirnya konsert, beliau juga mengadakan sesi Meet & Greet bersama peminat-peminat beliau tanpa walaupun dalam keadaan beliau yang agak sibuk dengan jadual beliau.














 Tidak lupa juga kepada Hyrul Anuar dan Azura Goh (pernah bersama Hyrul Anuar dan Reyza Hamizan dalam mempersembahkan lagu tema Malam Perdana, "Malam Gemilang" 4 Mac 2015 yang lalu di The Ballroom, East Coast) yang merupakan artis Singapura yang sanggup datang bagi menyaksikan idola mereka membuat persembahan di Istana Budaya ini. 




Kak Rozi, personal assistant kepada Dato' Site Nuzhaliza)


No comments:

Post a Comment