SitiZoners Gold Coast Morib Holiday 2015

Assalamualaikum!

Aku nak berjuta terima kasih kepada kawan aku Saiful, dan juga SitiZoners serta tidak lupa juga kepada Dato' Siti Nurhaliza atas sebuah fan club yang sangat awesome giler ni! Aku baru lagi dalam ni tapi semua orang ibarat sudah lama tidak berjumpa (perghh ayat kemain). Okaylah so apa citer kali ni??? haaa... sempena Ulang Tahun ke-20 Dato' Siti Nurhaliza dalam industri tanah air ni, kelab peminat beliau telah bersepakat untuk mengadakan percutian bersama2 dengan peminat2 yang lama dan baru bagi merapakan hubungan silaturahim sesama mereka. (aku sekali lah) Percutian ini dibuat di Gold Coast, Morib selama 2 hari 1 malam... Walaupun tiada kehadiran Dato' Siti Nurhaliza pada percutian tersebut, peminat2 beliau tetap gigih menyempurnakan percutian tersebut. Haaaa.. mari kita tengok apa yang terjadi masa percutian tu!




Masa first sampai tu kiteorang check in and ada brief sikit lah daripada Asri & Muriey.


This is my first time datang Morib and the hotel was superb!! aku tak sangka bilik dia macam ni.. terbaik sangat!!! 

Dalam bilik air, ada jakuzi... muat 2 orang. aku xleh nak amek gambar sebab x muat camera. hahaha... 

Memandangkan ini pertama kali and bagi korang yang rasa nak datang... x perlu risau sangat kalau tertinggal tuala, hair dryer, kettle, body lotion, shampoo, shaver, soap, tooth brush and tooth paste and such sebab semuanya disediakan disini... memang berpatutan lah... 

Sebab aku tau gambar aku akan xde (sikit lah ada) dalam semua aktiviti nanti.. baik kita bergambar dulu.. hahaha.. credit to Anak Senii for the lovely shot!



lepas check in kiteorang berpecah cari makan.. Aku, Fad, Yucy, Isz naik kete Anak Senii sebab dia yg drive.. kiteorang makan dekat sebelah mana tah. Time ni baru lepas hujan lebat and after lunch kiteorang decide jalan situ jap sementara yang lain dok menunggu kiteorang kat lobby nk start aktivity. hahaha.. kekek sangat. 

Dalam percutian ini majority nyer lelaki dan 2 orang perempuan which is Kak Zue and Shah. Yela kan, sebab buat hari Jumaat.. ramai yang kerja.




 Kak Zue & Muriey sebagai juri & dan juga pengadil dalam acara game.

Game yang pertama "Tiup Belon Sampai Pecah". hurmmm tapi nampak sangat semua main tipu. hahaha..

 Game yang kedua "Siapa Paling Panjang". Game ni senang jer, setiap kumpulan kene kumpul and susun apa2 jer yang dorang ada sampai panjang.

Game ketiga atau game terakhir "Sorakan Kumpulan" masing2... Yang dalam pic ni kumpulaN E.M.A.S. Dorang menang! hahaha.. kelakar giler!






 Masa ni semua orang tengah berkumpul for dinner and acara penyampaian hadiah. Sambil tu aku ambil gambar banyak2 untuk kenangan semua. Ntah pebenda lah si Yucy tgk tu kan... hahaha..

 Basically semua orang kene bawak hadiah masing2 and so pada malam penyampaian hadiah ni, Kak Zue dengan Muriey akan buat cabutan and nama yang dipanggil akan buat juga cabutan and then dia kene bagi hadiah dia kat orang yg dipanggil based on cabutan tu and macam tu lah till the end. hahaha.. pastu last sekali baru penyampaian hadiah untuk semua kumpulan.. Hadiah di-sponsor oleh Amir Sariff.





 Sweet sangat Asri dapat tudung. hahahha.. Dah nasib labu, nak wat camner kan.. kekek sangat..


 Aku rasa memang korang baca kot post ni so aku nk minx maaf sebab x semua gambar aku edit and masukkan dalam ni.. ada yg blur. sorry!


 Faer ni suka buli Azim. Sian dia.. ehh.. hahah xdelah gurau jer.. ntah pebenda dorang bualkan. non-stop! Okay lah selepas penyampaian hadiah baru lah aktiviti ice breaking... haaa masa ni lah kiteorang dapat tau pasal diri masing2, boleh katakan semua agak terkejut bila dengar. hahahha...


 Last day (sabtu) aktivity terakhir kiteorang mandi kolam! Haaa kalau korang nak mandi sini kene ada tiket. Tiket dia yg kene pakai kat pergelangan tangan tu, boleh mandi sekali jer.. tu pon kalau benda tu x putus.






 On that day there isn't really banyak orang yang bercuti situ.. cuma kiteorang (SitiZoners) dengan adalah orang awam yang lain... tapi seriously dengan adanya dorang ni kecoh satu Morib!! hahahah.. especially yang suka menjerit kuat tu... hahha.. macam2 ragam ada.. (tgk video baru korang paham)


 Agak lama gak ah mandi kolam. mengalahkan orang lain. hahaha.. tu pon sebab masing2 nak selfie dalam air. (photo by Adeep & Amir)

 (photo by Adeep & Amir)

Memang susah gak lah nak amek gambar dalam air sebab kene bukak mata kan.. so far bagi aku ini ANTARA yang terbaik lah.. yg lain hancur, nampak lubang hidung lah mata lah mulut lah kaki lah. haahhaa.. (photo by Adeep & Amir)

Selfie pakai iPhone 6 Plus. cantik gambar! (photo by Adeep & Amir)



 Ini Kumpulan aku.. nama group "Transkripsi".

 Ni plak group "Hadiah Daripada Hati".






 Yang paling aku x sangkanya, dorang ni sebenarnya kenal masa Back to School. Dorang kelas Cekal and sampai sekarang dorang still contact with each other. Aku kagum giler! Semuanya kerana Dato' Siti Nurhaliza! AWESOME!!!




No comments:

Post a Comment