Kemaskini Status Pekerjaan (Graduan)

Assalamualaikum,


Lama dah graduated daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dulu, teringat kenangan-kenangan manis masa zaman diploma. Sedar tak sedar kita dah berada dimana kita sekarang ni. Ada dapat e-mail daripada MOHE? Kalau ada, silakan check e-mail awak, kalau tak silakan baca entry ni.

Sebelum tu, abam nak tegaskan yang entry ni bukan scam dan abam tak pernah sekalipun scamming korang (haa gituuu..). Tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) minta kita kemas kini maklumat terkini ni pun sebab KPM nak tengok sejauh mana dah kita melangkah selepas kita graduated. Cara nak kemas kini sangat mudah. Boleh tengok macam mana abam buat kalau korang tak yakin atau taktau nak buat macam mana.

Follow This Steps :

Langkah Pertama

Log Masuk ke laman utama dengan menggunakan No. Kad Pengenalan / Passport / Polis / Tentera anda dan kemudian masukkan "CAPTCHA CODE" yang tertera (kod adalah berlainan dan secara rawak) dan klik butang "Hantar".

Langkah Kedua

Lengkapkan butiran yang diperlukan dan sila jawab dengan jujur dan benar berkenaan status anda sekarang (bekerja atau tidak bekerja). Bahagian akhir kemas kini adalah seperti didalam gambar (atas). Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan SL1M.

Langkah Ketiga

Pastikan segala maklumat yang telah anda masukkan dan kemaskini adalah benar kerana anda tidak dibenarkan membuat pembetulan setelah anda sahkan maklumat anda. Klik "Kembali ke Maklumat Profil" untuk langkah terakhir.

Langkah Terakhir

Maklumat terbaru yang telah dikemas kini akan dipaparkan seperti di dalam gambar (atas). Pastikan anda cetak dan simpan maklumat anda untuk kegunaan pada masa akan datang. Terima Kasih.

BONUS!

Dah settle semua? Dengar citer ada Cabutan Bertuah! KLIK SINI.


INSTAGRAM FEED

@kyrelrosli