Imran Ajmain Setulus Kasih Album Launch

Assalamualaikum!


Alhamdulillah kali ni aku dapat jemputan ke private event Imran Ajmain di Subang baru-baru ini. Imran Ajmain yang sangat terkenal dengan lagu "Seribu Tahun" nya itu melancarkan album ketiga (album baru) yang diberi nama Setulus Kasih di sini (RUANG, Subang). Album yang mempunyai enam (6) buah lagu itu ditulis oleh mereka yang mempunyai bakat dalam menulis lirik lagu itu dengan kerjasama Hafiz Hamidun, Fazlin Ahmad, Imran Ajmain (penyanyi itu sendiri) dan beberapa orang lagi. 

        Antara lagu yang terdapat di dalam album Setulus Kasih ialah:
  •   Hargailah Dia   - Penghargaan kepada seorang wanita.
  •   Indah                -  Lagu daripada dikir barat yang didedikasikan kepada isterinya.
  •   Peluang Kedua - Ditulis oleh Fazlin Ahmad dan digubah oleh Hafiz Hamidun. Alunan nasyid oleh Hafiz Hamidun mempengaruhi Imran Ajmain dalam menyanyikan lagu ini. 
  •   Sederhana         - Ditulis sendiri oleh Imran Ajmain. Lagu ini menceritakan tentang keyakinan diri.  
  •   Setulus Kasih    - ditulis oleh Reyza Hamizan.
  •   Tiada Gementar Lagi - "Special sikit bagi saya sebab merupakan cerita saya." - Imran Ajmain. Lagu ini mengisahkan tentang Imran Ajmain itu sendiri yang merupakan seorang yang "stage fright". Beliau akan berasa nervous, berpeluh lidah kelu, dan tidak boleh fokus apabila ingin membuat persembahan walaupun sudah biasa berhadapan dengan beribu orang penonton. Cuma memerlukan lebih kurang 10 saat untuk beliau kembali fokus berdiri di atas pentas. Lagu ini asalnya dicipta untuk Francissca Peter untuk album nya Ulang Tahun ke-33 yang di lancarkan oleh Warna Music yang kemudiannya digubah oleh Imran Ajmain sendiri. Beliau ingin dikenali sebagai seorang yang sangat confident berdasarkan lagunya ini.            
                                    
                     "ingatlah padaku yang sentiasa berani dan tiada gementar lagi". - Imran Ajmain
                                   






 Semenjak lagu Dikalung Kasihan diterbitkan pada tahun 2012, Imran Ajmain mendiamkan diri bagi memberi penghormatan kepada pemergian ayahnya yang tercinta iaitu komposer Ahmad Husaini Ajmain pada 5 Mac 2013 kerana menghidap barah pankreas. 

"Saya balik ke Singapura untuk menjaga ayah dan seterusnya emak saya selepas ayah meninggal dunia. Selama 4 tahun itu juga saya bersyukur kerana ada royalti disebabkan saya mendapat pulangan yang lumayan. Hasil itu juga saya membawa emak ke Amsterdam selama 6 bulan berada di sana dan menetap di rumah kakak di bandar itu". ujarnya.

 Imran juga bakal mempromosikan album "Setulus Kasih" ini dengan mengadakan persembahan akustik dalam sebuah jelajah sebanyak 15 lokasi termasuk Melaka, Kedah, Kuching, Singapura, Ipoh dan Penang bermula bulan April dan berakhir pada tarikh 13 Hun 2015 dalam mini konsert kemuncak di Talent Lounge, Empire Damansara.

 Antara peminat Imran Ajmain (fanclub: Imtiaz) yang selalu ada bersama Imran dalam menyokong muzik beliau.

Berikut adalah maklumat tentang tempat-tempat yang akan diadakan persembahan:

April 16: Jasin/Melaka - Cormisme

April 24: Kota Damansara - The Picnic Table

April 25: Cheras - SukaSucre Bistro

May 8   : Johor Bahru - Hungry Hub

May 9   : Singapore - Spatula Bakery

May 15 : Alor Setar - Le' Medina Thai

May 16 : Kuching - UNIMAS Kuching

May 21 : Kelana Jaya - Kedai Sebelah

May 23 : Seremban - Waris Papan

May 29 : Penang - The Table Penang

May 30 : Ipoh - El Negra Deli

Jun 6    : Kuantan - Lilawadi

Jun 13  : Kuala Lumpur - Talent Lounge

Untuk tempahan tickets & bookings sila email kan ke tix@imranajmain.com 
 

No comments:

Post a Comment