Nuffnang

Thursday, February 25, 2016

Yogyakarta, Indonesia [Hari Keempat]

Assalamualaikum!

Huhuhu sedar tak sedar nak balik dah. Walaupun 5 hari tapi ada rasa x puas dan ada rasa x sabar nak balik sebab banyak lagi tempat tak explore. Apa jadi pada hari keempat? Haaaa jeng jeng jeng

So untuk hari terakhir kiteorang travel sini sebelum balik pagi esoknya, kiteorang decided untuk ke Candi Gedong Songo yang terletak di Jawa Tengah, Semarang. Serious sejuk! Sejuk dia macam lembab basah camtu. Aku suggest korang sediakan payung dan untuk masuk bayar R.p 7500. Korang kene acah2 lah konon2 korang orang Indonesia sbb kalau tak korang akan di cas sebanyak R.p 50,000 (harga tourist). Nampak tak cekik darah kat situ? Alhamdulillah kiteorang dpt yg murah sbb driver kiteorang yang belikan. Heeee










Kawasan ni memang cantik, hutan2 dia.. dengan kabusnya. Bawak DSLR tu pastikan ada cover untuk lens sebab kalau tak habis basah. Huhu




Ini dekat area kolam air panas sebelum korang ke candi ke-3. Nak rendam kaki pon boleh tapi aku x pergi lah sebab hygiene macam.. errrr paham2 lah.



 


Total candi sini ada 9! Kiteorang mampu sampai ke candi yang 4 atau 3 tak silap sbb memang besar dan luas dan jauh untuk sampai ke candi yang ke-9. Overall memang layan beb sebab suasana sejuk dia buat korang speechless! Tips, kalau angin kuat dan kabus tebal buat korang tak tahan sejuk, g masuk dalam candi tu. Hangat sikit tapi sempit lah dalam dia.

Makcik2 sini mmg orang yang tinggal sini so dorang x berapa nak friendly lah. Malu kot? Pape pon aku suggest korang just be nice to everyone okay and at the same time stay safe and careful! Pastikan beg sandang kat depan, bukan belakang.